Spesies Kelulut

Wednesday 4 January 2017

Spesies Lebah Kelulut Sesuai Diternak


Di Malaysia, perternakan lebah kelulut tidak asing lagi. Dimana saja kita pergi, pasti akan kedengaran cerita mengenai lebah kelulut ini. Apa yang membezakan lebah madu dengan lebah kelulut? Kedua-duanya juga mampu menghasilkan madu. Lebah kelulut adalah lebah yang tidak mempunyai sengat, namun mampu mengigit hingga membuatkan kita berasa tidak selesa. Lebah kelulut juga mempunyai pelbagai saiz tubuh mengikut spesies dari kecil hinggalah besar seperti lebah madu (kecil sikit laa). Dibawah merupakan spesies kelulut yang sesuai diternak berdasarkan penghasilan madu





Spesies: H. Itama
Merupakan spesies yang paling sesuai untuk diternak. Aktif serta banyak menghasilkan madu. Namun agak garang sedikit. Mempunyai kantung madu yang besar. Adakalanya hasil tuaian boleh mencapai 1-2kg madu mengikut saiz toping serta sumber di kawasan tersebut.

Spesies: L. Terminata
Spesies yang pemalu tidak seperti H. Itama. Kantung madu kecil sedikit berbanding H. Itama. Turut mampu menghasilkan madu yang banyak.


Spesies: G. Thorasica
Merupakan spesies kelulut yang terbesar. Mempunyai kantung madu seperti H. Itama. Turut menghasilkan propolis yang banyak.


Spesies: T. Apicalis, T. Binghami
Merupakan spesies damar dan memerlukan kawasan hutan yang mempunyai pokok dari keluarga Dipterokarpa (Pokok berdamar). Contoh pokok seperti Selangan Batu dan Meranti. Kantung madu adakalanya 2 kali lebih besar dan panjang daripada H. Itama. Kebiasaannya madu berwarna jernih dan berasa agak masam. Tidak sesuai diternak dikawasan yang tidak mempunyai pokok damar.



Sumber Imej: Wikipedia

No comments:

Post a Comment