Spesies Kelulut

Sunday 12 November 2017

Cara Membuat Perangkap Kelulut [Siri 2]


H. Itama pada perangkap buluh

Pada artikel Cara Membuat Perangkap Kelulut [Siri 1] yang lepas, saya telah menunjukkan cara memerangkap kelulut kecil dari genus tetragonula. Artikel kali ini pastinya dinantikan ramai kerana saya akan menunjukkan cara memerangkap kelulut H. Itama. H. Itama merupakan kelulut yang diternak untuk menghasilkan madu secara komersial.

Caranya hampir sama seperti artikel pertama. Bezanya anda memerlukan buluh yang lebih besar dan tebal untuk membuat perangkap. Lokasi memasang perangkap juga agak sedikit berbeza. Anda boleh merujuk artikel pertama pada pautan diatas jika anda belum membacanya.

Lokasi memasang perangkap:-
  1.  Pada pokok buah-buahan seperti Rambutan, Durian pada ketinggian 4-5 meter dari aras tanah. Pastikan kawasan redup. 
  2.  Lebih sesuai dipasang pada musim kemarau / pokok buah-buahan berbunga
  3.  Boleh juga dipasang pada tiang rumah /  dinding (lebih baik jika ada koloni H. Itama berdekatan)
  4. Berdekatan dengan kawasan ternakan kelulut (terutamanya H. Itama) atau ada koloni liar berdekatan.
Buluh yang lebih besar ini bukan hanya mengundang semut untuk bersarang. Namun juga boleh mengundang lebah madu (lebah kampung) untuk bersarang. Namun kebiasaannya tidak lama berdasarkan pengalaman saya.


Perangkap yang mengena pada batang pokok gaharu


Perangkap yang belum mengena

Dengan mengunakan kaedah ini, kita dapat mengurangkan aktiviti penebangan pokok. Perlu diingatkan, perangkap seperti ini tidak sesuai dipasang dihutan. Bukan sahaja ancaman dari haiwan perosak, bahkan juga boleh dicuri orang jika ada yang menjumpainya. Harga koloni H. Itama agak mahal. Jika ditempat saya (Sarawak), 1 koloni H. Itama berharga sekitar RM150 hingga RM250. Jika di semenanjung, saya percaya harganya lebih mahal lagi. Buat saja perangkap di sekitar rumah atau dusun buah-buahan sudah memadai. Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Terimakasih infonya saya dah coba dan berhasil

    ReplyDelete
  2. Kalau lebah madu/kampung bersarang,nanti boleh dapat madu juga ke?atau hanya singgah sebentar?

    ReplyDelete