Spesies Kelulut

Saturday 11 November 2017

Kelulut jenis damar? Sesuaikah diternak?

 
Kelulut jenis damar? Pernah anda mendengarnya? Kelulut jenis damar ni nak senang tahu tengok warna hujung sayap kelulut ni. Kalau warnanya putih, kemungkinan besar dari keluarga kelulut jenis damar. Kelulut jenis ni agak sukar diternak di kawasan yang kurang sumber damar.

Apakah sumber damar itu? Damar dikeluarkan oleh pokok-pokok hutan dari keluarga Dipterokarpa seperti pokok meranti, pokok kayu kapur, pokok merbau dan jenis kayu keras lain. Jadi agak mustahil untuk menternak spesies ni di kawasan bandar. Di kawasan kampung pun hasil agak kurang memuaskan berbanding dengan kelulut H. Itama. Saya turut menternak beberapa log kelulut jenis damar dari spesies T. Binghami. Boleh dikatakan agak berjaya disebabkan berdekatan dengan hutan yang belum diteroka.
Pot madu T. Binghami
Tidak semua kelulut jenis damar ini mempunyai pot madu yang besar. Pot madu T. Binghami ini boleh dikatakan 2 kali lebih besar dari pot madu H. Itama. Jadi tidak heranlah penghasilan madu lebih banyak dari H. Itama. Seperti T. Collina, pot madunya hanyalah sebesar pot madu T. Leaviceps. Selain daripada itu, pot madu spesies damar ini agak rapuh dan mudah pecah berbanding dengan pot madu kelulut yang lain yang mengunakan resin sebagai bahan utama. Jadi proses pengambilan madu untuk spesies ini perlu dilakukan dengan berhati-hati. Pot madu yang rosak, tidak akan digunakan semula untuk spesies ini. Tidak seperti H. Itama yang mengunakan resin biasa, dimana mereka akan mengunakan semula pot madu yang telah diambil madunya. Jika ada kerosakan pada pot tersebut, mereka akan merobohkan struktur pot madu itu dan akan membina semula. Berbanding dengan jenis damar, pot madu yang rosak perlu dibuang agar kelulut itu boleh membina pot baru dikawasan tersebut. Jadi menternak kelulut jenis damar ini boleh dikatakan agak leceh jika dibandingkan dengan kelulut yang mengunakan resin biasa.

Selain daripada sumber damar, kelulut jenis damar juga agak memilih dari segi sumber nektar. Kebiasaannya kelulut jenis damar ini hanya mengambil nektar dari pokok-pokok berbunga dari hutan. Boleh dikatakan kelulut jenis damar ini memerlukan aura hutan untuk kelestarian hidup yang sempurna. Jika kawasan berdekatan anda tiada pokok yang menghasilkan damar, abaikan niat untuk menternak kelulut jenis damar ini. Biarlah mereka hidup amai damai di hutan.

16 comments:

  1. saya ada ternak jenis apicalis yang hanya berdamar selepas 7 bulan tiada kantong madu kecuali damarnya yang tebal. jenis yan sayap ada warna putih ini memang tak keluarkan madu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spesies kelulut damar ni perlu getah pokok dari pokok meranti, merbau, kayu kapur dan lain2 pokok lagi dari keluarga dipterokarpa. Kalau sumber getah dari pokok damar mencukupi (getah pada toping tidak lebik), serta banyak pokok buah-buahan, bunga berdekatan, tiada masalah untuk penghasilan madu. Kalau getah pada toping lembik, bermakna sumber getah damar tiada ataupun tidak mencukupi. Saya ternak 3 log binghami berdekatan dengan kawasan hutan. Setakat ni tiada masalah penghasilan madu.

      Delete
    2. Jenis apicalis cepat hasilkan madu..sy ada ternak 7 log kelulut apicalis, alhamdulillah..dgn topping size 2 kaki, sebln blh hasil 2kg madu utk 1 log

      Delete
  2. Mmg betul...spesis damar mmg perlu pesekitaran dkt dfn kws pokok2 hutan. Semua log saya jenis bighami. Tiada masalah

    ReplyDelete
  3. Mmg betul...spesis damar mmg perlu pesekitaran dkt dfn kws pokok2 hutan. Semua log saya jenis bighami. Tiada masalah

    ReplyDelete
  4. Saye punya Ade yang jadi elok Dan Ade yang Tak elok...ape pun Kita berusaha

    ReplyDelete
  5. Kelulut jenis in boleh ka ternak bawah pokok getah?

    ReplyDelete
  6. saya ada jpa pokok besar dn banyak damar, dn afa jg kelulutnya, sebesar lalat ikan(hijau) tp sarang tusetinggi 40 kaki, damar dr pokok tu dr atas brhambur sp ke pokok dn bwa pokok. blh d ternak ke, dn ada madu ke jenis ni

    ReplyDelete
  7. kejauhan kelulut kepak putih ini bole terbang brpe jauh ye?

    ReplyDelete
  8. Pokok jati tegolong dlm dàmar tak??

    ReplyDelete
  9. Salam. Berapa saiz kotak half kelulut bighami

    ReplyDelete
  10. Salam. Berapa saiz ukuran kotak half kelulut bighami

    ReplyDelete
  11. Assalam..saya ada ternak jenis apicalis, satu je.. Alhamdulillah setahun dah,sebab dekat dgn hutan .. Soalan saya, ada sesiapa sifu2 disini tahu cara nak pecah koloni untuk jenis ni..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete