Spesies Kelulut

Monday 24 April 2017

Cara Mencari Sarang Kelulut Di Hutan





Corong Masuk Spesies L. Terminata
Dimana ada bunga pasti akan ada kelulut. Mesti anda pernah dengar bukan? Daripada bunga rumput, sehinggalah ke bunga buah-buahan. Pasti anda terfikir dimanakah kelulut itu bersarang bukan? Dibawah merupakan beberapa tips untuk menjejak sarang kelulut berdasarkan pengalaman saya. 



1) Waktu pagi sekitar 7.30am – 10.00am (cuaca cerah) kerana kelulut aktif mencari resin/nektar/debunga. Lebah pekerja (worker) sering ulang alik dari sumber ke sarang. Spesies damar kurang aktif waktu petang.

2) Tumpukan perhatian di kawasan berbukit yang berdekatan dengan sumber air bersih/parit/anak sungai.

3) Kawasan bukit yang terdapat banyak pokok besar terutamanya dari spesies dipterocarp (berdamar) seperti merbau, meranti. Biasa dihuni oleh kelulut spesies T. Collina, T.Binghami, T. Apicalis dan spesies damar yang lain.

4) Kawasan yang ada kelulut mencari sumber. Tumpukan 100 meter pertama. Perlu diingatkan, spesies dari keluarga H seperti H. Itama mampu terbang sejauh 500m – 1km dari sarang. Kelulut dari keluarga G seperti G. Thorasica mampu terbang sejauh 500m – 3km.


5) Kelulut biasa bersarang pada pokok yang mempunya ukur lilit 30 inci keatas dan mempunyai rongga didalam. Ketinggian dari aras tanah 3 kaki dan keatas. Namun ada spesies yang biasa bersarang didalam tanah seperti T. Collina.

6) Jika anda terjumpa 1 sarang, kemungkinan besar akan terdapat sarang lain sekitar 100m. Jika di hutan yang mempunyai pokok dari keluarga dipterocarp, kebiasaanya terdapat banyak sarang kelulut dari jenis damar. Adakalanya sebatang pokok yang besar mempunyai lebih dari 2 sarang kelulut jenis damar.

Sekian....

No comments:

Post a Comment