Spesies Kelulut

Sunday 12 November 2017

Cara Membuat Perangkap Kelulut [Siri 1]


Corong masuk T. Testaceitarsis
Pada artikel Cara Membuat Perangkap Kelulut siri 1 ini, saya akan menerangkan cara memerangkap kelulut mengunakan buluh dan sedikit propolis dari sarang kelulut. Artikel siri 1 ini lebih memfokuskan kepada kelulut dari genus Tetragonula Sp @ spesies kelulut kecil. Sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia penternakan kelulut.

Kelulut dari genus Tetragonula Sp agak mudah memasuki perangkap daripada kelulut dari genus lain seperti dari Hetrotrigona (Itama), Geniotrigona (Thorasica, Insica), Tetrigona (Binghami). Tubuh kelulut dari genus Tetragonula jauh lebih kecil daripada H. Itama.  Jadi mereka boleh menyesuaikan diri pada ruang buluh yang kecil.



Juga hasil perangkap kerumunan
Bahan utama untuk menghasilkan perangkap adalah buluh yang mempunyai panjang sekitar 50cm. Ukurlilit buluh adalah sebesar botol air mineral 1.5l. Ditebuk lubang sebesar 1.5cm sudah mencukupi. Anda boleh rujuk gambar diatas. Bahan kedua ada sedikit propolis. Dalam kes saya, saya mengunakan propolis dari kantung madu H. Itama. Lekatkan propolis sekitar lubang yang ditebuk pada buluh. Pastikan propolis tersebut betul-betul melekat pada buluh tersebut. Anda boleh menjemur buluh tersebut sekitar 20 minit dalam keadaan terik matahari untuk memastikan propolis tersebut betul-betul melekat. Selepas itu, perangkap tersebut sedia dipasang.

Lokasi sesuai untuk memerangkap kelulut:-
  1. Pada dinding rumah sekitar 3 kaki dari aras tanah
  2. Pada tiang rumah sekitar 3 kaki dari aras tanah
  3. Pada batang pokok besar. Juga sekitar 3 kaki dari aras tanah.
Pastikan kawasan tersebut bebas daripada cahaya terik matahari serta terlindung daripada hujan. Ini akan membuatkan buluh menjadi lembab. Elakkan juga buluh dimasuki air. Namun perlu diingatkan, disebabkan perangkap dipasang di kawasan teduh menyebabkan ruang didalam buluh menjadi sejuk. Ia akan mengundang semut untuk bersarang dalam buluh tersebut. Kebiasaannya anda akan nampak melihat scout bee (kelulut peninjau) hinggap pada lubang buluh selepas beberapa hari perangkap dipasang. Selang beberapa hari akan terjadi kerumunan kelulut pada perangkap tersebut. Ia merupakan pertanda kelulut mula bersarang pada buluh tersebut. Anda perlu membiarkan sekitar 2 bulan (lebih lagi baik) sebelum membawa perangkap yang mengena ke kawasan ternakan. Jika perangkap tidak mengena dalam tempoh sebulan, anda digalakan untuk menukar propolis pada lubang buluh dengan propolis yang baru.  Selamat mencuba..

Anda juga boleh mengunakan kotak haif kecil untuk memerangkap kelulut dari genus tetragonula ini.



No comments:

Post a Comment