Seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya akan memberi beberapa tips agar kelulut untuk naik ke topping. Namun sebelum ini, anda perlu merujuk kepada artikel sebelum ini yang bertajuk kenapa kelulut tidak naik ke topping..Pada artikel tersebut, saya telah menerangkan beberapa masalah kenapa kelulut tidak naik ke topping.
Seperti dalam artikel sebelum ini, kelulut memerlukan sumber resin/damar dan nektar untuk kelestarian hidup mereka. Jadi, dua perkara tersebut merupakan komponen utama dalam kehidupan kelulut. Pastikan kedua-duanya mencukupi untuk kelulut anda.. Baiklah, dibawah merupakan beberapa tips untuk memujuk kelulut anda.
1) Mengunakan bekas plastik atau mangkuk
Gambar diatas saya mengunakan bekas plastik. Anda disarankan mengunakan mangkuk kaca kerana lebih tahan dan tidak mudah pecah berbanding dengan bekas plastik. Bekas plastik diatas saya telah gunakan beberapa kali sebelum ini.. Anda perlu biarkan bekas plastik hingga kelulut membuat beberapa kantung madu didalam bekas tersebut. Pada kebiasaannya mengambil masa sekitar 1-2 minggu bergantung kepada ruang kosong yang ada dalam log dan keadaan persekitaran.
2) Mengumpan mengunakan kantung madu.
Cara ini memerlukan anda mengambil beberapa kantung madu dari log lain. Pastikan semasa proses pemindahan, kantung madu dalam keadaan baik dan tidak bocor. Anda perlu letakkan berdekatan lubang penghubung antara log dengan kotak topping.
Dua kaedah diatas selalu saya gunakan. Peratusan kejayaan lebih kurang 95%. Namun pastikan ketika usaha memujuk tersebut koloni dalam keadaan kuat dan topping dalam keadaan baik. Jika tidak usaha anda sia-sia sahaja. Anda disarankan mencuba teknik ini ketika musim bunga buah-buahan..
No comments:
Post a Comment