Spesies Kelulut

Thursday 31 August 2017

Penyelesaian dan rawatan koloni kelulut lemah

Koloni H. Itama yang lemah
Post sebelum ini, saya telah menerangkan ciri-ciri koloni kelulut yang lemah. Pada kali ini, saya akan menerangkan penyelesaian dan kaedah rawatan koloni yang lemah. Kaedah ini tidak menjamin 100% koloni tersebut akan aktif semula.
Banyak faktor perlu diambil kira untuk menyelesaikan masalah koloni lemah ini. Termasuklah faktor cuaca, keadaan sekeliling, sumber makanan kelulut dan lain-lain lagi.

Tukar kedudukan dengan koloni aktif
Teknik paling biasa digunakan adalah tukar tempat dengan koloni lain yang aktif dan dari spesies yang sama. Perlu diingatkan, pergaduhkan akan berlaku. Walaupun peratus kejayaan tinggi, namun tidak kurang juga yang gagal. Jika koloni yang lemah tersebut kematian ratu, peratus kejayaan agak rendah dan kemungkinan besar tidak berjaya jika tiada telur calon ratu. Jika punca koloni tersebut lemah disebabkan kekurangan pekerja, maka peratus kejayaan agak tinggi.

Kematian Ratu (Pendermaan Telur Calon Ratu)
Ratu tugasnya adalah bertelur untuk meneruskan kehidupan koloni tersebut. Hanya ratu mampu menghasilkan telur bakal ratu, telur pekerja dan telur pejantan. Sememangnya jangka hayat ratu lebih lama dari lebah pekerja mahupun pejantan. Usia ratu boleh mencapai sehingga 5 tahun. Kematian ratu sememangnya pertanda awal kemusnahan koloni jika tiada telur calon ratu. Kaedah menderma telur ratu dari koloni lain yang sama spesies adalah cara terbaik untuk menghasilkan ratu untuk koloni tersebut. Letakkan sekitar 3 atau 4 telur bakal ratu. Pastikan tiada kerosakkan pada telur tersebut. Proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati. Pastikan kedudukan adalah betul.

Pendermaan Brood cell @ kokun telur
Selain daripada menukar kedudukan log dengan koloni aktif, kaedah ini juga boleh digunakan. Kaedah ini lebih sesuai kerana kurang kematian kelulut akibat pergaduhan. Ambil beberapa lapisan telur (3-4 lapis) dari spesies yang sama. Hanya perlu ambil telur yang matang. Pastikan koloni tersebut bukan kematian ratu.

Serangan Musuh
Kelulut juga turut mempunyai musuh. Pastikan tiada lubang pada log mahupun toping. Jika ada, perlu tutup lubang tersebut. Selain daripada itu, pemangsa yang sentiasa memerhati seperti labah-labah, cicak, katak, kodok perlu diambil kira.
Sumber Kawasan Ternakan
Terdapat tiga jenis sumber yang diperlukan oleh kelulut
1) Resin/Damar (Untuk membina corong dan sarang)
2) Nektar (Untuk menghasilkan madu)
3) Debunga (Untuk menghasikkan roti lebah @ beebread)

Jika salah satu dari sumber tersebut terhad, maka ia akan memberi kesan kepada kelulut. Pastikan sumber tersebut mencukupi bukan sekadar ada.

Kawasan Penternakan
Kebanyakkan kelulut mudah serasi dengan kawasan ternakan di kampung mahupun bandar besar seperti Kuala Lumpur asalkan sumber mencukupi. Tahukan ada kelulut jenis damar yang memerlukan sumber damar? Sumber damar hanya tersedia di kawasan hutan dara @ sekunder yang mempunyai pokok-pokok balak besar. Ketiadaan sumber tersebut pastikan akan memberi kesan kepada koloni spesies tersebut. Pastikan kawasan ternakan serasi dengan spesies kelulut yang anda ternak. Buat kajian sebelum ternak kelulut.
 

No comments:

Post a Comment