Koloni H. Itama yang lemah
Masalah koloni lemah memang menjadi salah satu masalah kepada penternak kelulut. Tapi tahukah anda ciri-ciri atau pertanda bahawa koloni kelulut ada lemah ataupun beransur-ansur lemah?1) Aktiviti keluar masuk jarang. Jika aktiviti keluar masuk kurang dari 10 ekor, koloni tersebut boleh dikatakan agak lemah. Koloni aktif hampir setiap masa ada aktiviti pada corong masuk.
2) Tiada pengawal pada corong masuk. Koloni aktif mempunyai beberapa pengawal pada corong ketika siang.
3) Corong masuk kecil. Ada yang memanjang, tapi pintu masuknya kecil. Itu menandakan koloni tersebut lemah.
4) Jika anda menternak dalam bentuk kotak haif, anda pasti nampak brood cell atau kokun telur kelulut. Koloni lemah kokun telurnya kecil. Bagi koloni aktif, kokun telurnya luas.
5) Dalam kotak haif, anda boleh nampak pekerja lebah kelulut. Koloni lemah. kumpulan pekerja agak sedikit. Pada masa yang sama juga, pot madu dan debunga juga sedikit serta banyak yang kosong.
6) Ada pekerja yang mati dalam toping atau dalam kotak haif. Boleh nampak dengan ketara apabila koloni terlampau lemah.
Sekian... :)
No comments:
Post a Comment